Tips Cuci Emas Agar Nampak Berkilau Seperti Baru Beli
Thursday, June 24, 2021
Loading...
Loading...
Bahan-Bahan Diperlukan:
Cecair Pencuci Sunlight/ Air Asam Jawa
Berus Gigi
Air Suam
Cara Membuat:
1. Rendam dulu barang kemas dengan air suam, tuang sunlight ke dalam bekas air suam tadi dan biarkan selama 1/2 jam.
2. Selepas itu boleh gosok kotoran yang melekat pada barang kemas tersebut.
3. Berus dengan menggunakan berus gigi yang elok. Jangan guna berus gigi lama yang sudah kembang, sebab berus gigi begitu susah nak tanggalkan kotoran yang melekat.
4. Langkah terakhir, selepas diberus, bilas barang kemas dengan air paip dan rendam semula dalam bekas dengan air paip juga dalam tempoh 10 minit.
5. Selepas 10 minit, boleh lap barang kemas anda dengan kain kering dan hasilnya memang nampak seperti baru beli.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga bermanfaat! Memang menarik perkongsian, cara mudah dan jimat untuk mak-mak cuci barang kemas. Meskipun barang kemas lama, tetap nampak baru bila dicuci ikut tip ini.
Sumber: mingguanwanita.my
Sponsored Links
Loading...
Loading...